NADI MAHIR AI: PROMPT ENGINEER LEVEL 2
2 September 2026 | Aktiviti TerkiniNADI Mahir AI: Prompt Engineer Level 2 telah diadakan pada 2 September 2026 dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bagi Cohort 1 Level 2, Modul 3, Sesi 2. Topiknya ialah AI Kreatif – Reka Bentuk Dalaman, Peta Minda dan aplikasi kreatif lain.
Sesi ini memberi fokus kepada kemahiran lanjutan dalam Prompt Engineering, khususnya aplikasi AI kreatif. Peserta didedahkan kepada cara menggunakan arahan atau prompt untuk menghasilkan reka bentuk dalaman, membina peta minda yang teratur serta membuat eksplorasi kreatif lain yang memanfaatkan kecerdasan buatan. Program ini bertujuan meningkatkan kecekapan peserta dalam mengawal hasil AI untuk kegunaan praktikal dan inovatif.
Berikut merupakan gambar-gambar semasa aktiviti dijalankan.